Datuk Seri Anwar Ibrahim peroleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menghalang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada mengeluarkan, mengulangi dan menerbitkan kenyataan yang memfitnah Perdana Menteri di media sosial, laman web dan mana-mana platform lain.